Khamis, 2 April 2020

PENGENALAN DIRI

PENGENALAN DIRI👮
FRONTLINERS

Bismillahirrahmannirrahim..Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Ong Siu Hock@Aaron Ong Abdullah. Saya merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik(02 perempuan dan 01 Lelaki). Umur saya kini 30 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Lau King Huo,Sibu,Sarawak pada 04 Mac tahun 1990. Dengan kelulusan SPM, pada tahun 2008 selepas setahun tamat persekolahan Tingkatan 5 di SMK DESHON SIBU(2007),saya telah mencuba memohon pekerjaan seorang anggota PDRM kerana memang cita-cita saya dari kecil untuk menjadi seorang anggota PDRM dan berkhidmat untuk Negara Malaysia yang tercinta. Alhamdulillah, saya telah berjaya diserapkan menjadi seorang anggota PDRM. Perasaan semasa menerima surat tawaran daripada BUKIT AMAN teramatlah gembira dan bersyukur. Saya mula bekerja dalam sektor kerajaan iaitu dalam PDRM pada 01 May tahun 2009. Selepas tamat menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Air Hitam(PULAPAH) di Jempol Negeri Sembilan selama 07 Bulan, saya telah dipindahkan bertugas di IPD SANDAKAN sebagai anggota Tugas AM Balai Polis Sandakan pada bulan Disember 2009. Pada masa itu lah saya pertama kali menjejakkan kaki di Negeri Sabah(Bumi Di Bawah Bayu). Dan pada masa itu juga saya pertama kali merasakan suasana berjauhan dengan keluarga yang tercinta kerana sejak dari kecil, saya tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Demi mengubah hidup keluarga dan demi masa depan, saya tabah dan mengharungi semua cabaran bertugas di tempat orang. Memang tidak dinafikan pada permulaan hidup di tempat baru, saya selalu menitiskan air mata kerinduan kepada semua ahli keluarga saya yang berjauhan dengan saya yang menetapkan di kampung halaman saya iaitu Sibu, Sarawak. Lama kelamaan, saya telah dapat menyesuaikan diri menjalankan hidup di tempat baru demi menjalankan tugas sebagai seorang anggota polis. Saya telah berkhidmat dalam PDRM hampir 11 tahun.

GAMBAR SEMASA PERBARISAN TAMAT LATIHAN 
Saya mula menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Air Hitam(PULAPAH) di Jempol,Negeri Sembilan pada 01/05/2009 hingga 01/12/2009. Selesai latihan kepolisan selama 07 bulan, saya mula bertugas di KONTINJEN SABAH dan memegang jawatan sebagai Tugas Am Balai Polis Sandakan,IPD SANDAKAN dan pangkat saya masa permulaan adalah KONSTABEL.

GAMBAR SEMASA BERPANGKAT LANS KOPERAL
Pada tahun 2013 dengan izinNYA, saya telah dinaikkan pangkat daripada konstabel ke pangkat LANS KOPERAL. Antara tugas yang saya lakukan di dalam Cawangan Tugas AM Balai Polis Sandakan adalah seperti Kaunter aduan, menjalankan rondaan BIT/rondaan berkereta/rondaan Bermotosikal dan lain-lain tugas. Pada tahun 2016, saya telah dikurniakan ANUGERAH PERKAHIDMATAN CEMERLANG(APC) oleh PDRM atas menghargai ketekunan dan kecemerlangan saya dalam melaksanakan tugas dalam PDRM.


Tugasan Jaga Aman semperna lawatan KETUA MENTERI SABAH
Alhamdulillah sekali lagi dengan izinNYA, saya mendapat rezeki untuk dinaikkan pangkat daripada Lans Koperal ke pangkat KOPERAL pada tahun 2018 selepas lulus menduduki peperiksaan undang-undang rendah pasukan dalam PDRM. Memang tidak dinafikan, skop kerja akan semakin luas dan beban kerja semakin meningkat bila telah memegang pangkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Dengan didikan/tunjuk ajar daripada rakan sekerja dan penyelia dalam pasukan, saya telah banyak menimba ilmu kepolisan daripada mereka dan sekaligus saya dapat melaksanakan apa saja tugasan yang diberikan oleh pihak atasan dengan baik. Antara faktor kejayaan saya dalam PDRM adalah saya mengamalkan sikap saling hormat-menghormati antara rakan sekerja mahupun pihak atasan serta orang awam tidak kira dimana saya ditugaskan oleh pihak atasan PDRM dan saya tidak pernah berputus asa untuk sentiasa menimba ilmu dalam apa jua aspek sekalipun.

GAMBAR BIASA JE.Hehe
Kerana minat dan impian saya untuk pergi lebih jauh dalam kareer , saya telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi yang mana saya telah membuat permohonan untuk mengikuti pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang dikelolakan oleh Universiti Utara Malaysia(UUM)PACE pada bulan julai 2019. Perasaan gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikanNYA dapat melanjutkan pendidikan di UUM memang tidak dapat dinafikan. Yalah, mana tidak happy sebab tidak sangka saya dapat melanjutkan pendidikan ke step yang lebih tinggi selepas SPM. Saya telah mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian(BPM) di kampus Universiti Malaysia Sabah(UMS) di Jalan UMS Kota Kinabalu Sabah. Rasa tidak percaya apabila pertama kali hadir kelas dalam Universiti..hahaha... Pelajar dalam kelas saya tidak juga ramai, cuma lebih kurang dalam 20 orang pelajar. Hari pertama masuk kelas, memang semua kawan-kawan dalam kelas mendiamkan diri. biasalah kan baru jumpa.. masing-masing pemalu..hahaha... Setelah hampir habis semester pertama, hubungan antara kami sekelas dan lecturers UUM amat bagus dan erat sekali terutamanya kawan-kawan dalam kelas. kesemua kawan-kawan dalam kelas saya memang sama kepala "spotting" dalam semua hal yang melibatkan pelajaran kami...maklumlah semua kami masing-masing terdiri daripada pelbagai pekerjaan swasta dan kerajaan. Antara pekerjaan kami adalah POLIS,KASTAM,MARITIM,RELA dan sektor swasta. Hanya seorang saja kawan kami yang bekerja sebagai housewife. Memang best lah belajar jika semua kawan-kawan bersatu hati..hehe..

GAMBAR DI DALAM KELAS UUM(UMS KK)

Memang amat mencabar kerja sambil belajar. Alhamdulillah semua tugasan dalam PDRM mahupun tugasan dalam UUM dapat dijalankan dengan baik. Semoga Allah sentiasa memberikan pelindungan kepada kita semua agar dijauhi segala penyakit terutamanya penyakit pandemik Corona Virus(Covid19) yang kini menyerang manusia di seluruh dunia dan semoga semua kita dipanjangkan umur. In shaa Allah saya akan berjaya menghabiskan pelajaran dalam degree ini dan semua dapat merasai suasana konvokesyen di Sintok Kedah nanti..Aamiin Ya Rabbal'alamin....










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009)

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009) (01)NEGERI SEMBILAN Pada bulan mei tahun 2009 saya telah mula menjalani la...