Sabtu, 4 April 2020

ONG's FAMILY

GAMBAR ADIK BERADIK 
Saya merupakan anak kedua daripada 03 orang adik beradik dalam keluarga saya. Saya telah dilahirkan di Hospital Sibu Sarawak pada 04 Mac 1990. Anak yang sulung adalah kakak saya nama Ong Siu Chung yang dilahirkan di Hospital Sibu Sarawak pada 23 Mac 1989 dan anak yang bongsu adalah adik perempuan saya nama Ong Siu Fong yang dilahirkan di Hospital Sibu pada 05 Januari 1996. Kami telah mendapat pendidikan di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah di Sibu Sarawak.

GAMBAR BAPA DAN SEPUPU SAYA

GAMBAR IBU DAN KAKAK SAYA
Nama bapa saya ialah Ong Wee Hin berbangsa Cina yang dilahirkan di Hospital Sarikei Sarawak pada 24 Oktober 1964 dan bekerja sebagai "stor keeper" sehingga kini masih lagi bekerja di Sibu Sarawak. Nama ibu saya ialah Menit Anak Busar berbangsa Iban yang dilahirkan di Hospital Kapit Sarawak dan ibu saya merupakan surirumah sepenuh masa. Kedua-dua ibu bapa saya kini menetap di Sibu Sarawak di rumah yang saya beli sendiri. Saya membeli rumah teres sendiri pada tahun 2012 dan sejak itulah ibu bapa saya tinggal di rumah saya kerana kami tinggal di rumah sewa sejak lahir kerana bapa saya hanya bekerja sebagai "stor keeper" dan tiada kemampuan untuk membeli rumah sendiri. Saya membeli rumah sendiri pada tahun 2012 kerana ingin mengubah hidup keluarga saya walaupun pada masa saya beli rumah pada tahun 2012, saya baru 03 tahun berkhidmat dalam PDRM Saya sedar juga pada masa itu gaji saya masih kecil tetapi semua itu bukan menjadi halangan kepada saya untuk membeli rumah sendiri dan sekaligus boleh mengubah hidup keluarga saya dengan meringankan beban bapa saya supaya dia tidak lagi membayar rumah sewa. Pengorbanan ibu bapa saya untuk menyara hidup kami sekeluarga sejak dari kecil hinggalah kami dewasa memang tidak dapat kami balas dengan wang ringgit.

GAMBAR ADIK SAYA,SUAMINYA DAN ANAKNYA
Adik bongsu saya telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Dia dan suami dia kini berada di Negara Brunei dan mereka telah bekerja di sebuah Syarikat swasta di sana. Suami adik saya berbangsa cina. Kakak sulung saya juga telah mendirikan rumah tangga yang kini menetap di Sibu Sarawak sebagai surirumah sepenuh masa dan dikurniakan 05 orang cahaya mata.

GAMBAR BERSAMA ISTERI DAN ANAK

GAMBAR ANAK-ANAK SAYA

GAMBAR SAYA DAN ANAK-ANAK SAYA
Saya telah berkhidmat dalam sektor kerajaan iaitu PDRM sejak dari tahun 2009 sehingga kini dan menetap di Sandakan Sabah. Saya telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 03 orang cahaya mata. Isteri saya berbangsa sungai dan beragama islam. Oleh itu, saya juga telah memeluk agama islam dan nama islam saya ialah Aaron Ong Abdullah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009)

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009) (01)NEGERI SEMBILAN Pada bulan mei tahun 2009 saya telah mula menjalani la...