Rabu, 8 April 2020

PENGALAMAN TEMUDUGA MEMOHON JAWATAN DALAM PDRM

PDRM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini entri khas semperna menyambut Hari Polis yang ke-213(2020). Saya mahu cerita pengalaman saya semasa temuduga konstabel PDRM pada tahun 2008. Pengalaman saya hanya sekali sahaja menjalani proses pengambilan calon konstabel polis untuk siri 1/2009. Tujuan saya berkongsi pengalaman kepada semua yang berminat untuk menyertai PDRM.

1.Isi borang (Temuduga tertutup-borang akan dibagi selepas berjaya tapisan di Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing. Syarat kelayakan mendapatkan boring pada masa itu adalah kelayakan akademik SPM/Ketinggian yang cukup seperti dalam syarat kelayakan pengambilan POLIS)

2.Ujian Fizikal dan Temuduga

3.Medical check up

4.Ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

Saya akan cerita semua berdasarkan pengalaman saya temuduga jawatan konstabel lelaki siri 1/2009 pada tahun 2008. Cara-cara untuk mengisi borang, temuduga dan lain-lain mungkin berbeza sedikit daripada yang terkini.

1. Isi borang selepas lepas berjaya melalui tapisan di IPD oleh cawangan latihan

Pada tahun 2008 selepas saya lepasan SPM(2007), saya telah ternampak satu iklan semasa saya membaca surat khabar yang terpapar besar di salah satu muka surat surat khabar tersebut iaitu tajuk besarnya adalah PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL DALAM PDRM. Selepas selesai membaca iklan tersebut, saya telah mengunting keratan surat khabar tersebut dan menyimpannya di dalam dompet saya.

Pada keesokan harinya, saya minta cuti dan pada masa itu saya bekerja sebagai pembantu jualan di Daesim Supermarket Di Sibu, Sarawak. Saya pun bersama seorang rakan saya ke IPD Sibu untuk mengambil borang dan membawa bersama sijil SPM.

Dengan keputusan akademik SPM yang sederhana, saya telah berjaya dalam tapisan oleh IPD Sibu dan ketinggian saya juga melepasi ketinggian yang telah ditetapkan PDRM. Saya pun diberikan borang tersebut tetapi malangnya rakan yang bersama-sama saya pada masa itu tidak berjaya kerana ketinggian dia tidak melepasi syarat PDRM. Memang Nampak jugalah muka dia sedih dan hampa sebab tidak dapat borang tersebut.

Selepas dapat borang itu, saya terus isi bila sampai di rumah. Dalam borang itu ada bahagian yang perlu tulis latar belakang keluarga saya. Saya isi latar belakang yang ringkas dan padat. Keesokan harinya, saya pun pos borang permohonan itu kepada Bukit Aman.

Selesai sebulan daripada tarikh saya pos boring permohonan itu, saya dapat surat maklum balas daripada BUKIT AMAN dan dalam surat itu ada surat untuk menghadiri temuduga di IPD SIBU.

2. Ujian Fizikal

Saya diminta hadir ke sekian tempat dengan membawa beberapa salinan dokumen. Seeloknya datang awal utk memudahkan segala urusan. kesemua aktiviti dilakukan dalam dewan.

Antara aktiviti dalam Ujian Fizikal:

1.      check BMI
2.      tekan tubi 20x
3.      bangun tubi 20x
4.      lari ulang alik 10x
5.      check anggota badan
6.      kawad dan suara/nyanyi lagu NEGARAKU

Dalam hari yang sama, kami dikehendaki hadir temuduga juga seretak dengan ujian fizikal pada waktu pagi dan temuduga akan dijalankan pada waktu petang bermula dari pukul 2 petang. Memang tidak dinafikan perasaan takut dan resah sebelum masuk ke dewan temuduga amat la dirasai oleh semua kawan-kawan yang telah lulus ujian fizikal. Yang saya masih ingat pada masa itu kami yang berbangsa cina ada seramai 06 orang antara jumlah yang ramai hadir temuduga. Saya orang pertama antara calon berbangsa cina yang masuk ke dewan temuduga. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Selepas semua selesai temuduga, Sarjan Raja Idris di IPD SIBU pun masuk ke bilik di mana tempat calon-calon menunggu keputusan temuduga. Apabila Sarjan Raja Idris umumkan nama saya lulus temuduga calon konstabel lelaki pada masa itu, perasaan gembira dan terharu memang tidak dapat saya sembunyikan lagi dan secara tanpa disedari air mata saya pun mengalir di pipi saya kerana rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikanNYA kepada saya. Pada sebelah malam dalam masa lebih kurang pukul 6.30 petang, kami telah menjalani ujian air kencing dan menurunkan cap jari kesemua jari (10 jari) di dalam boring untuk pengambilan Jawatan konstabel lelaki dalam PDRM. Kesemua enam orang calon yang berbangsa telah berjaya lulus temuduga.

3. Medical Check up  

Saya dan calon-calon yang lulus temuduga pada hari sebelum itu diminta hadir ke klinik kerajaan untuk melakukan medical check up seperti check mata,diambil sampel darah dan X-ray.

Setelah selesai semua itu, calon-calon yang akan dipanggil untuk menjalani latihan kepolisan akan dimaklumkan melalui IPD Sibu. Saya pun menjalankan aktiviti seperti biasa dan saya pada masa itu telah mula bekerja di tempat kerja yang baru iaitu kerja di sebuah carwash yang berdekatan dengan Dewan Suarah Sibu.

Sebulan telah berlalu,tiba-tiba saya menerima panggilan dari nombor telefon pejabat yang bermula dengan no.084 di depannya. Saya pun menjawab panggilan tersebut. Saya terdengar suara seorang lelaki yang macam pernah saya dengar sebelum itu. Setelah memperkenalkan diri dan dari mana dia berada, baru la saya ingat yang suara lelaki itu adalah suara Sarjan Raja Idris dari IPD Sibu. Alangkah terkejut dan rasa tidak percaya bahawa Sarjan tersebut menghubungi saya untuk meminta saya hadir ke pejabatnya untuk mengambil surat tawaran untuk mengikuti latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Air Hitam(PULAPAH). Saya sekali lagi menangis terharu kerana kali ini memang benar-benar saya akan menjadi seorang anggota polis.

4. Ke Pusat Latihan Polis

Saya menjalani latihan kepolisan selama 07 bulan dan selepas tamat latihan itu, saya telah ditugaskan ke Kontinjen Sabah iaitu bertugas di Balai Polis Sandakan bermula dari Bulan Disember 2009 sehinggalah sekarang.

Jika anda mendapat secebis ilmu daripada perkongsian ini, tidaklah saya meminta apa-apa balasan... sekadar doa utk kejayaan saya di dunia dan di akhirat. Selamat menyambut Hari Polis yang ke-213 kepada semua yang ada kaitan dan juga warga PDRM

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

PERTAMA KALI DALAM SEJARAH HARI POLIS TIDAK DISAMBUT EKORAN VIRUS PADEMIK COVID19 MELANDA SEMUA NEGARA TERMASUKLAH NEGARA MALAYSIA. HARI POLIS YANG KE 213(2020) TIDAK DISAMBUT PADA TAHUN INI.

Ikhlas,

KPL 171472 ONG SIU HOCK @ AARON ONG ABDULLAH
BALAI POLIS SANDAKAN SABAH

SAMBUTAN HARI POLIS KE 212 (PADA TAHUN 2019)

#STAY AT HOME 
#STAY SAFE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009)

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009) (01)NEGERI SEMBILAN Pada bulan mei tahun 2009 saya telah mula menjalani la...