GAMBAR DALAM DEWAN PULAPOL |
Assalamualaikum. Entri kali ini sengaja aku buat sebab ramai sangat yang bertanya tentang apa sebenarnya KONSTABEL PELATIH buat semasa menjalani latihan di dalam PULAPOL. Ok, disini saya ingin cerita secara ringkas tentang kerja sebagai seorang anggota polis semasa latihan dalam Pusat Latihan Polis(PULAPOL) iaitu semasa dalam latihan akan digelar sebagai KONSTABEL PELATIH.
Ringkasnya, latihan dia terbahagi kepada 3 fasa. Fasa
permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Fasa pertama, fasa kami semua pelatih
akan diajar, dibentuk, dididik untuk menjadi seorang pegawai polis. Bersedia ke
tidak. Masa ni lah, memang penuh dengan kawad. Terkejar-kejar masa. Tiba-tiba
rollcall. Baru naik bilik, kena panggil turun bawah dah. Penat tu tak payah
cakap lah. Memang penat untuk permulaan (akhir pun penat juga...). Cuma nak
bagi badan kita biasa dengan aktiviti lasak. kami akan bangun awal pagi untuk
mandi, sebab nak pergi masjid solat berjemaah. Ini wajib!. Solat sunat sebelum
solat pun wajib! Kalau tak buat, kau bakal kena double kawad berjemaah.
LATIHAN KAWAD DI PADANG KAWAD |
Ok, jam 0530 hrs kami dah kena beratur rollcall sebelum
pergi masjid. Korang ingat boleh berjalan lenggang mak limah ke? Selagi korang
dalam pulapol. Tak berbumbung, semua pelatih kena kawad! Haaa...masa ni, kena
ada kerjasama dalam platun masing-masing. Nanti dorang buat pemeriksaan, siapa
yang turun solat ke tak. Ok, dah selesai bab solat. Kami akan bergerak pantas
untuk balik bilik, kami akan bersiap sedia untuk pergi kawad pulak. 0630 hrs
kami semua dah terpacak di padang kawad untuk berkawad. Berlarilah untuk berapa
pusingan di padang kawad adalah wajib setiap kali sebelum bermulanya latihan
kawad. Macam-macam cara kawad ada. Hahaha. Sementara nak pandai la kan? Memang
macam-macam gaya kawan-kawan semasa latihan kawad. Maklumlah semua baru dan memang
tidak pandai kawad.
Lepas settle kawad, 0800 hrs kami pergi makan sarapan. Selepas
sarapan, kami akan berehat sekejap. Pada jam 1000hrs kami sudah kena siap di padang kawad. Sambung kawad
lah apa lagi..hahaha… Sampailah tengahari. Lepas tu, makan tengahari. Jam
1400hrs, kami akan start untuk kawad pulak untuk sesi sebelah petang. Korang
boleh bayangkan betapa panas terik tu kami tadah muka kawad. Mahu tak hitam?haha.
Saya nasihatkan janganlah pakai produk menghakiskan kulit bagi perempuan.
Kebersihan jaga. Sebab bila korang berpeluh, akan jadi, macam-macam penyakit
boleh datang.
LATIHAN JASMANI |
Ok, settled bab kawad, kami akan minum petang. Solat asar lepas tu aktiviti petang. Antara aktiviti sukan sebelah petang adalah bermain sepak takraw, senaman dan lain-lain. Aktiviti yang kami buat dekat pulapol dulu adalah 2.4km, kawad, senaman balak, karate, TBM (Tindak balas m16) ni masa dah dapat senjata m16. Memang semakin penat kalau dapat senjata. Kami kena julang lah, bimbit lah dan macam-macam lagi. Berlarilah dalam tengah panas bawa m16 itu sudah semestinya. Memang terasa sangat kepenatan semasa menjalani latihan tetapi tidak mengapa sebab di dalam kepenatan ada rasa seronok juga dengan gelagat kawan-kawan yang membuat lawak bagi menghilangkan rasa penat dan macam-macam lagi.
Ok, dalam training, dorang akan ajar kalau sorang buat
salah, semua kena. Hehe. Lepas tu, korang kena maki berbakul hahaha. Yang
bagusnya, jam 11 malam kena light off dah. Tak ada senior kau nak ambil kau
jangan risau. Melainkan kau ada buat salah. JL tahan kau haha. Rollcall lama
gila. Kau dah ngantok. Esok penat. Masa kau sangat padat. Hari-hari kau akan
berpeluh ja. Mental tak tahan rabakkk. Tetapi kami sihat. Awal-awal je wei kau
nak sakit-sakit badan. Join skuad zombie. Jalan mengengkang, jalan kaki seret
haha. Dah lepas 2-3 bulan, ok lah badan kami. Lari pun dah laju dan cukup
stamina.
LATIHAN PENGENALAN PGA |
Ok, lepas tu, masuk fasa pergi PGA(PASUKAN GERAKAN AM), kau belajar ilmu hutan
pulak. Eh, lupa pulak. Telefon boleh tidak boleh guna sepanjang tempoh latihan(
ini masa saya latihan dulu lah) Lepas tu, hujung minggu, kami wajib fitik. Di
dalam pulapol, kami semua diwajibkan makan
di dewan makan. NO OUTSIDE FOOD. Kalau kantoi, haha. Kau mendapat haha. Sambung
pergi PGA. Ni aku malas cerita. Nanti biar suprise kalau kau nak tau life
training. Ok, lepas tu kami belajar undang-undang. Hari-hari kami akan pergi
belajar undang-undang. Sebelum pergi kelas, aktiviti kami macam biasa. Pagi
kawad..tak pun 2.4km. Dan lain-lain. Dan banyak lagi aktiviti.
Ayat yang sering kami dengar dalam pulapol, separuh gaji kau
dapat tu adalah untuk maki dan peluh-peluh kau yang menjejehhhh keluar tu haha.
Ok, aku malas cerita panjang. Nanti tak suprise... and then ada Lagi satu..
Awas PTT.... haha. Dia akan sentiasa cari kesalahan pelatih..... PTT yang mana?
Yang dilengan dia ada BAND MERAH... Semua pelatih akan takut bila Nampak PTT.
PTT adalah Pegawai Tatatertib. So, dalam masa yang sama juga, kita akan semakin
berdisiplin semasa di dalam pusat latihan mahupun semasa kita sudah bertugas di
luar nanti. Semasa zaman saya tarining pada tahun 2009, kami menggunakan formasi tarining 3+3+1 iaitu 3 bulan pertama dalam PULAPOL, 2 bulan OJT(outside jobs training(Melaka) + 1 bulan pengenalan PGA(Perak+kedah) dan bulan terakhir training kawad tamat latihan. Skuad saya yang terakhir guna formasi 3+3+1 selama 07 bulan. sekarang ini semua latihan KONSTABEL tidak lagi 07 bulan dan hanya menjalani latihan selama 06 bulan sahaja dan selama 06 bulan itu,latihan semua dilakukan dalam PULAPOL.
Disini saya biarkan korang rasa dulu aura nak masuk training
menjadi polis. Bila semua sudah ditugaskan ke formasi/kontinjen masiang-masing,
memang rindu suasana semasa dalam latihan dulu. Saya dalam PDRM baru 11
tahun…hehehe…
PEMBARISAN TAMAT LATIHAN PDRM |
Nak tanya kalau lepas je latihan pulapol tu 6 bulan , diorang takleh balik rumah jumpa family dah ke ? Terus bertugas dekat negeri diorang kene pergi ke macam mana ?
BalasPadamBoleh ke isteri utus surat kepada suami semamsa dia berada di pulapol?
BalasPadam