PENGENALAN LOBSTER AIR TAWAR(LAT)
Lobster Air Tawar (LAT) atau nama saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan spesies yang dikenali sebagai Red Claw (disebabkan terdapat warna merah pada kedua sepit lobster jantan) Lobster Air Tawar (LAT) ini juga adalah satu genus termasuk dalam kelompok udang (krustasia) air tawar yg memiliki ukuran tubuh relatif besar dan hidup di perairan air tawar. Habitat asal Lobster Air Tawar adalah di danau dan paya.
Terdapat lebih 1,000 spesies Lobster Air Tawar (LAT) di seluruh dunia namun spesies Red Claw ini merupakan spesies paling banyak dibuat kajian untuk ternakan komersial kerana kadar pembiakan dan tumbesarannya yang cepat jika dibandingkan dengan spesies lobster air tawar yang lain. Selain itu, Lobster Air Tawar (LAT) ini juga mudah untuk diternak dan mempunyai ketahanan terhadap serangan penyakit yang tinggi. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak. Microbiologi sepanjang hidup seekor LAT, ia akan melalui beberapa kali proses salin kulit. Ia berlaku bila tubuhnya membesar menyebabkan cengkerang lamanya tidak lagi dapat menampung saiz bentuk badan yang baru.
REKA BENTUK LOBSTER AIR TAWAR(LAT)
LAT adalah haiwan yang tidak memiliki tulang dalam tetapi mempunyai permukaan badan atau organ luar yang diliputi dengan cengkerang. LAT terbahagi dua bahagian iaitu kepala dan juga badan. Cengkerang yang menutup bahagian kepala bertujuan untuk melindungi organ otak, insang, hati dan organ endokrin. Enam ruas badan (abdomen) agak menipis, lebar badan rata-rata hampir sama dgn kepala dan sepasang penyepit yg lebar dan panjang. Sepasang antena berperanan merasa,meraba makanan dan persekitaran. Manakala lima pasang kaki belakang berperanan untuk berenang. Kaki renang digunakan utk bersihkan telur dan larva dari kekotoran. Selain itu, empat pasang kaki dibahagian tengah digunakan untuk berjalan.
MENGENALI JANTINA LOBSTER AIR TAWAR(LAT)
Cara membezakan jantina LAT pada keluarga Cherax ialah dengan memeriksa kaki pertama dan kaki ketiga dikira bermula dari ekor. LAT jantan mempunyai benjolan di kiri dan kanan pada kaki pertama manakala LAT betina pula di sisi kiri dan kanan pada kaki ketiga dari ekor memiliki bulatan (rujuk gambar diatas). Selain itu, LAT jantan juga memiliki sepit lebih besar dan mempunyai garisan berwarna merah di bahagian sisi pada setiap sepit. Warna merah pada sepit LAT jantan tersebut yang membuatkan ianya dipanggil sebagai LAT Red Claw. Manakala LAT betina pula mempunyai sepasang sepit yang lebih kecil dan tidak mempunyai garis merah seperti LAT jantan.
PERBEZAAN JANTAN DAN BETINA LOBSTER AIR TAWAR(LAT)
LAT JANTAN |
LAT JANTAN - Lobster Air tawar jantan mempunyai saiz sepit yang lebih besar daripada betina. Saiz sepit yang besar diperlukan untuk mempertahankan diri dan juga digunakan untuk menarik perhatian LAT betina untuk proses mengawan.
LAT BETINA |
LAT BETINA - Lobster air betina pula mempunyai sepit yang lebih kecil serta kurus jika dibandingkan dengan LAT jantan. LAT betina juga tidak mempunyai tanda merah pada sisi sepit seperti LAT jantan.
SEPIT MERAH ATAU RED CLAW
Cara paling mudah untuk membezakan diantara LAT jantan dengan betina adalah dengan melihat tanda merah pada sisi setiap sepit yang hanya wujud pada LAT jantan.
LAT MENGAWAN |
PROSES MENGAWAN LOBSTER AIR TAWAR(LAT)
Saiz matang Lobster Air Tawar yang sesuai untuk dijadikan induk adalah yg berumur 6-8 bulan. iaitu induk jantan telah mencapai saiz 4.5 inci dan keatas manakala induk betina yang sesuai untuk dijadikan induk pula bersaiz 4 -6 inci. Induk betina yang mencapai saiz melebihi 6 inci dan keatas akan mengalami penurunan untuk mengawan tetapi akan menghasilkan telur yang lebih banyak apabila mengawan berbanding dengan induk betina yang lebih muda. Induk betina boleh menghasilkan 80 - 350 biji telur setiap kali mengawan dan bertelur. Saiz LAT (dalam inci) diukur bermula daripada hujung kepala hingga hujung ekornya.
JANGKA HAYAT LOBSTER AIR TAWAR(LAT)
Lobster Air Tawar Jenis Red Claw / Cherax Quadricarinatus mencapai umur sehingga 6 - 7 tahun dan mencapai panjang melebihi 10inci (ukuran dari hujung kepala hingga ke hujung
ekor) serta berat mampu mencapai 600 gram seekor.
Rekod dunia untuk ukuran LAT terbesar dan terpanjang serta mempunyai jangka hayat terlama adalah LAT jenis Astacopsis Gouldi (The Tasmanian Giant Freshwater Crayfish ) dengan
jangka hayat mencapai 60 tahun, berat mencapai 6kg dan mempunyai ukuran sehingga 31 inci.
Lobster Air Tawar juga sering dijadikan penghias akuarium kerana kita dapat menikmatinya dalam jangka masa yang lama.
PEMAKANAN LAT |
PEMAKANAN LOBSTER AIR TAWAR(LAT)
LAT adalah haiwan yang tergolong dalam golongan omnivor iaitu haiwan yang memakan segalanya yang terdiri daripada daging dan sayuran. LAT aktif mencari makanan pada waktu malam (nocturnal). Makanan nya berupa biji- bijian, ubi-ubian, bangkai haiwan. Cara makan guna antena panjang untuk mengesan makanan dahulu. Jika ia sesuai dengan keinginannya, ia menangkapnya guna sepit, dan menyerahkan pada kaki jalan pertama sebagai tangan pemegang makanan utk di makan. Ia memiliki gigi halus dipermukaan mulut, cara makan sedikit demi sedikit. Dihabitat nya, ia makan biji- bijian, ubi ubian, tumbuhan, haiwan mati (scavenger), memangsa haiwan hidup lain dari kelompok udang. Ia suka makan udang kecil yg hidup di habitatnya atau memangsa LAT yang lain itu sendiri, kerana ia memiliki sifat kanibal.
PELUANG PERNIAGAAN LOBSTER AIR TAWAR(LAT)
Terdapat 4 jenis strategi perniagaan popular yang sering diamalkan perternak-penternak lobster air tawar Red Claw di Malaysia. Pemilihan jenis strategi yang berlainan dilakukan untuk mencapai objektif yang berbeza, terdapat strategi yang memfokuskan pulangan modal secepat mungkin dan ada
strategi yang menyasarkan perolehan keuntungan yang tinggi pada masa depan.
4 strategi perniagaan popular tersebut adalah:
-Pembenihan dan penjualan anak benih.
-Pembiakan dan penjualan induk matang.
-Ternak LAT untuk pasaran konsumsi.
-Pembiakan pelbagai spesies LAT untuk tujuan hobi lobster
LOBSTER AIR TAWAR SELAMAT UNTUK DI MAKAN
LAT Selamat Dimakan berbanding Ikan pedang, ikan yu & king mackerel kerana ikan-ikan tersebut mengandung merkuri tinggi yang berbahaya bagi tubuh. Manakala LAT tidak miliki merkuri tinggi.
LAT mengandungi protein melebihi kandungan protein ayam dan ianya juga tidak mengandungi kalori yang banyak seperti daging ayam atau lembu. Ini menjadikan ianya menjadi pilihan lebih baik berbanding ayam atau lembu. LAT mengandungi omega-3 tinggi. Omega-3 mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung. LAT menjadi makanan pilihan bagi orang ingin menurun berat badan disebabkan ia rendah lemak dan kalori, namun memberikan nutrisi yg diperlukan. Ia juga mengandung kalium, zat besi, vitamin B12 dan selenium, sangat penting bagi kesihatan.
KEADAH TERNAK GUNA KOLAM KANVAS |
KAEDAH TERNAK LOBSTER AIR TAWAR(LAT)
LAT adalah haiwan yang lasak dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran serta mampu hidup tanpa memerlukan pam udara tetapi bergantung kepada kedalaman air.
LAT boleh diternak / dipelihara dalam beberapa cara IAITU:
-Sebagai perhiasan (pemeliharaan dalam akuarium)
-Diternak dalam kolam kanvas
-Diternak dalam kolam simen
-Diternak dalam kolam tanah
-Diternak dalam tangki fiber/polytank
Pemilihan kolam ternakan adalah salah satu perkara yang perlu diteliti kerana ianya berbeza mengikut kesesuaian kawasan, modal dan pengurusan.
Disini saya hanya kongsikan serba sedikit artikel tentang lobster air tawar(LAT). Semoga perkongsian saya ini boleh menambah ilmu pengetahuan bagi sesiapa yang berminat menternak lobster air tawar. Sekian, terima kasih.
TERNAKAN GUNA TANGKI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan