Rabu, 15 April 2020

MAKANAN KEGEMARAN DAN RESEPINYA

MAKANAN KEGEMARAN SAYA DAN RESEPINYA


PULUT AYAM( LO MAI GAI)
Pulut ayam atau Lo Mai Gai dalam bahasa cina adalah antara makanan kegemaran yang paling saya suka. Saya dibesarkan dalam keluarga Cina campuran Iban kerana Bapa saya berbangsa cina. Memamng tidak dinafikan dalam ahli keluarga bapa saya memang handal memasak termasuklah bapa saya. Yang selalu memasal resepi pulut ayam ini sejak saya masih kecil ialah mak cik saya (Kakak sulung kepada bapa saya). Mak cik saya memang handal memasak apa saja terutamanya resepi tradisional seperti pulut ayam ini. Tetapi mak cik tidak meninggalkan kami untuk selama-lamanya...(sedih teramat telah kehilangan mak cik yang selalu masak pulut ayam untuk kami sejak saya kecil lagi)...😢😢😢...Disini saya ingin kongsikan resepi pulut ayam kegemaran saya ini.

Resepi Pulut ayam / Lo Mai Gai

Bahan-Bahan
1 keping dada ayam (hiris nipis)
1 sudu besar kicap cair
2 sudu kecil sos tiram
1 inci halia (parut halus)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
6 biji cendawan shitake (hiris nipis)
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung(bancuh dengan 1/2 cawan air)
1 sudu gula halus

Penyediaan:-

1)Perap ayam bersama kicap cair,sos tiram dan halia selama 30 minit.
2)Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga keperangan
3)Masukkan hirisan ayam dan cendawan(masak sebentar). Masukkan kicap pekat dan tuangkan larutan tepung jagung. Masak hingga kuah mendidih dan hampir pekat. Tutup api dan biarkan sejuk.

Bahan Pulut

2 cawan pulut (cuci dan rendam selama 8 jam)
1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak bijan(sesame oil)
2 ulas bawang putih(cincang halus)
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk 5 rempah
1 sudu gula halus

Penyediaan:-

1)Toskan pulut, masukkan ke dalam loyang dan gaul bersama kicap cair, kicap pekat, serbuk lada putih, serbuk 5 rempah dan 1/2 cawan air.
2)Campurkan minyak masak dan minyak bijan dan tumis bawang putih hingga naik bau. tuang semuannya ke dalam pulut. Gaul rata.
3)Panaskan pengukus.
4)Sediakan acuan kecil atau mangkuk kecil. Ambil hirisan ayam dan cendawan dan susun di dalamnya. (boleh letak telur kukus juga)
5)Masukkan pulut diatasnya dan tekan padat. Siram dengan 1 sudu besar kuah ayam bagi setiap acuan. Kukus pulut selama 40-45 minit.

PULUT AYAM/LO MAI GAI YANG SUDAH MASAK😋
SELAMT MENCUBA........................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009)

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009) (01)NEGERI SEMBILAN Pada bulan mei tahun 2009 saya telah mula menjalani la...