Sabtu, 4 April 2020

MINAT (AARON'S LOBSTER)


Disamping kesibukan bekerja dan belajar, saya juga mempunyai minat menternak lobster air tawar(LAT) atau udang kara air tawar. Pada permulaan menternak lobster air tawar ini, saya menggunakan kaedah penternakan indoor iaitu di dalam rumah saja dengan menggunakan tangki biru segiempat yang saya diy sendiri menjadi 3 tingkat.. Pada permulaan ini saya hanya mempunyai 25 ekor lobster air tawar yang saya beli daripada kedai ikan berhampiran di Sandakan dan juga dibeli daripada kawan sama tempat kerja yang telah memulakan penternakan air tawar di rumahnya sejak awal tahun 2019.


TANGKI-TANGKI BIRU YANG SAYA GUNA 

Buat masa ini saya menternak lobster air tawar di dalam tangki-tangki seperti di dalam gambar di atas. In shaa Allah jika kuantiti LAT saya sudah bertambah pada masa akan datang, saya akan membeli 1 set kolam kanvas sebagai tempat ternak LAT saya. Gambar kolam kanvas seperti di dalam gambar di bawah ini...



CONTOH KOLAM KANVAS
Ini adalah contoh gambar kolam kanvas untuk penternakan lobster air tawar yang akan saya beli pada masa akan datang. Menurut maklumat daripada kawan-kawan yang sudah lama menternak LAT ini, perniagaan membekal/menjual anak lobster air tawar dan induk jantan/betina amatlah cerah di masa depan. Bukan saja dapat membekal/menjual anak lobster air tawar dan induk jantan/betina, dalam perniagaan ini juga dapat menjual lobster air tawar untuk dimakan untuk dibekalkan kepada kedai-kedai makan, restaurant dan juga hotel. Harga pasaran lobster air tawar ini lebih tinggi berbanding harga pasaran udang galah. Tidak kira betapa lama seekor lobster air tawar ini diternak dan tidak kira betapa kecil atau besar mana ukuran saiz seekor lobster air tawar ini, rasa isinya tetap sama tidak liat. 


BLUE LOBSTER AIR TAWAR
Jenis lobster air tawar(LAT) yang saya ternak pada masa ini adalah jenis Red Claw Blue atau nama saintifiknya adalah Cheraxn Quadricarinatus disebabkan terdapat warna merah pada kedua-dua sepit lobster Jantan. Lobster air tawar ini juga adalah satu genus termasuk dalam kelompok udang(krustasia) air tawar yang memiliki ukuran tubuh relatif besar dan hidup di perairan air tawar. Habitat asal lobster air tawar(LAT) ini adalah di danau, paya dan sungai di daerah pergunungan di negara Australia. Lobster ini memakan makanan seperti pellet udang, ubi kentang, kacang hijau,tumbuhan dalam air seperti hydrilla dan azola, isi ikan dan isi ikan.. Isi ikan dan isi ayam tidak digalakan diberikan kepada lobster ini kerana akan mengakibatkan air ternakan cepat kotor dan sekaligus akan menyebabkan ammonia yang boleh menyebabkan lobster akan mati...



GAMBAR HIASAN LOBSTER AIR TAWAR

In shaa Allah dengan izinNYA jua melalui penulisan blog saya ini, saya dapat kongsikan tentang sedikit ilmu tentang penternakan lobster air tawar yang saya sempat kongsikan dalam blog saya ini. Jika ada yang berminat dan ingin menternak LAT ini, bolehlah menonton video-video tentang penternakan LAT di dalam youtube dan google.


VIDEO TERNAKAN LAT DALAM TANGKI(INDOOR)
VIDEO



VIDEO BLUE LOBSTER AIR TAWAR

INI ADALAH VIDEO TERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR(LAT) YANG SEMPAT SAYA KONGSIKAN DALAM BLOG SAYA INI.

1 ulasan:

  1. Good Job Buddy!~ semoga terus maju dan dipermudahkan segala urusan...aamiinn

    BalasPadam

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009)

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009) (01)NEGERI SEMBILAN Pada bulan mei tahun 2009 saya telah mula menjalani la...