DUNIA SUKAN
|
AKTIVITI BERBASIKAL |
Aktiviti berbasikal antara salah satu hobi saya sejak dari kecil lagi. Berbasikal ini dapat menurunkan berat badan sekaligus dapat mengelakkan diri daripada obesiti. Obesiti perlu dielakkan kerana obesiti dapat mengundang banyak penyakit seperti tahap kolestrol yang tinggi dalam tubuh badan. Apabila seseorang mengalami tahap kolestrol yang tinggi di dalam tubuh badan, maka seseorang itu kemungkinan akan mengalami penyakit sakit jantung dan strok.
|
SNOOKER |
Saya juga mempunyai hobi
bermain snooker. Saya mula bergiat dalam aktiviti bermain snooker sejak di bangku sekolah menengah lagi. Semasa saya di bangku sekolah menengah, saya sering bersama-sama rakan yang sama satu sekolah dengan saya untuk pergi ke kelab snooker setiap kali hujung minggu di Sibu Sarawak.
|
SUKAN BOLA SEPAK |
Bola sepak adalah hobi yang paling saya suka dan saya telah menceburi sukan bola sepak sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Apabila masuk ke alam sekolah menengah, kemahiran saya dalam bola sepak semakin baik. Semasa bersekolah di
SMK DESHON Sibu Sarawak, saya selalu mewakili sekolah dalam bola sepak. Posisi saya adalah menjadi penjaga gawang. Peringakat paling tinggi yang saya wakil dalam sukan bola sepak adalah
mewakili Bahagian Bandar Sibu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan