Rabu, 15 April 2020

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009)

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009)

(01)NEGERI SEMBILAN

Pada bulan mei tahun 2009 saya telah mula menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Air Hitam yang terletak di Jempol Negeri Sembilan. Pada 3 bulan pertama iaitu mula dari bulan mei hingga bulan julai saya menjalani latihan di Negeri Sembilan.

NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan (juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus) adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di sebelah utara, Pahang di sebelah timur, Johor di sebelah tenggara dan Melaka di sebelah selatan.[2] Ibu negerinya Seremban. Bandar diraja adalah Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah di tengah negeri. Negeri ini kelima terkecil keluasannya di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8), serta mempunyai kependudukan ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10).
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal MinangkabauSumatera BaratIndonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada sembilan negeri seperti JoholJelebuKlangSungei UjongNaningRembauJelaiSegamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagarruyung.

(02) MELAKA
Pada bulan ogos 2009 dan bulan september tahun 2009, saya menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Merlimau Melaka untuk menjalani latihan outside job training(OJT).

MELAKA
Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) adalah sebuah negeri di Malaysia.
Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).[15] Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.[16][17] Negeri ini mempunyai penduduk yang agak berpendidikan tinggi, dengan kadar literasi remaja 99.5% seperti yang dilaporkan oleh Laporan Matlamat Pembangunan Millennium 2015.[18] Pada tahun 2016, Melaka menjadi tempat paling selamat untuk tinggal di Malaysia.[19] Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2017 dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.[20] Melaka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1% pada 2017, yang kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri ini pada 44.8% daripada KDNK. KDNK per kapita juga berkembang 11.2% kepada RM46,015 pada 2017, melebihi angka peringkat nasional sebanyak RM42,228.[21] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan hanya 1.0 peratus.[22]

(03)PERAK
Pada bulan oktober tahun 2009, selepas menjalani latihan di Melaka, saya menjalani latihan Pengenalan Pasukan Gerakan AM(PGA) selama 02 minggu di Batalion PGA di Ulu Kinta Perak.
PERAK
Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia (lihat peta). Negeri Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.
Perak bersempadanan dengan negeri-negeri seperti KedahPulau Pinang di sebalah barat darat; Kelantan di sebelah timur laut; Pahang di timur, dan tenggara; Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Negeri Perak juga bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand (atau Wilayah Yala), di utara dan Pulau SumateraIndonesia di barat daya.

(04)KEDAH
Selepas 02 minggu menjalani latihan di Ulu Kinta Perak, saya menyambung lagi latihan Pengenalan PGA untuk 02 minggu yang seterusnya di Kem Latihan PGA di Kedah.
KEDAH

Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman (Jawiقدح دار الأمان) merupakan salah satu daripada 14 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 (lihat peta). Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.
Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Wilayah Satun Songkhla dan Yala di Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.
Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang.
Bukti arkeologi yang ditemui di Lembah Bujang mendedahkan bahawa sebuah kerajaan Hindu-Buddha memerintah Kedah purba mungkin seawal 110 Masihi Penemuan kuil, jeti terus, besi peleburan tapak, dan tugu-tugu batu bata tanah liat sejak hingga 110 Masihi menunjukkan bahawa laluan perdagangan maritim dengan selatan India Tamil yang kerajaan sudah ditubuhkan sejak masa itu. [3] penemuan di Lembah Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba yang tertua di Asia Tenggara. [4]
Rujukan ke Kedah purba mula-mula disebut dalam bahasa Tamil Paṭṭiṉappālai puisi yang ditulis pada akhir abad ke-2 Ia diterangkan barangan dari Kadaram "berkumpul bersama-sama di jalan-jalan luas" yang Chola modal. Selain daripada Kadaram, Kedah dikenali dengan nama yang berbeza di pelbagai kali dalam kesusasteraan India; Kataha-Nagara (dalam drama Mahotsava Kaumudi), You-Kataha (dalam Agni Purana), Kataha-Dvipa (dalam Samarāiccakahā), dan Kataha (dalam Kathasaritsagara). [5]
Dalam kesusasteraan timur tengah, Kedah purba telah dirujuk sebagai Qilah oleh Ibn Khordadbeh dalam Kitab al Masālik w'al Mamālik, Kalah-bar oleh Soleiman Siraf & Abu Zaid al Hassan di Silsilat al-Tawarikh (bergerak di Asia) , dan Kalah oleh Abu-Dulaf Misa'r Ibnu Muhalhil di Al-Risalah al-thaniyah. [6] Tang terkenal Dinasti sami Buddha, Yi Jing yang melawat kepulauan Melayu antara 688-695, juga menyebut tentang kerajaan yang dikenali sebagai Ka- Cha di bahagian utara Semenanjung Melayu, yang menurut beliau telah belayar 30 hari dari Bogha (Palembang), ibu kota Sribogha (Srivijaya). [7]
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa atau Parameswara Kedah, Kedah telah diasaskan oleh seorang Hindu raja bernama Merong Mahawangsa. Menurut teks lanjut, Kesultanan Kedah bermula pada tahun 1136 apabila Raja Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam dan menerima pakai nama Sultan Mudzafar Shah.
Dalam abad ke-7 dan 8, Kedah di bawah kawalan longgar Srivijaya [8], kemudian di bawah Siam, sehingga ia telah ditawan oleh kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15. Dalam abad ke-17, Kedah diserang oleh Portugis selepas penaklukan mereka Melaka, dan dengan Aceh. Dengan harapan bahawa Britain akan melindungi apa yang kekal Kedah dari Siam, Sultan menyerahkan Pulau Pinang dan kemudian Seberang Perai kepada Inggeris pada akhir abad ke-18. Siam namun telah menawan Kedah pada tahun 1811, dan ia kekal di bawah kawalan Siam sehingga dipindahkan kepada British oleh Perjanjian Anglo-Siam 1909.
Dalam Perang Dunia II, Kedah (bersama-sama dengan Kelantan) merupakan bahagian pertama Malaya yang diserang oleh Jepun. Jepun menyerahkan Kedah untuk berada di bawah naungan Thailand yang telah dinamakan sebagai Syburi, tetapi Kedah telah dikembalikan kepada pemerintahan British selepas berakhirnya perang. Kedah merupakan sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Sejak tahun 1958, Sultan yang memerintah Kedah adalah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Kesultanan (Islam) Kedah bermula apabila pada abad ke-9 Masihi, Raja Kedah iaitu, Maharaja Derbar Raja telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Mudzafar Shah I. Sejak itu terdapat 27 Sultan yang memerintah negeri Kedah. Menteri Besar (Ketua Menteri) pada masa ini, Mukrhriz Bin Mahathir (Parti Pribumi Bersatu- Pakatan Harapan)

Dan pada bulan terakhir menjalani latihan selam 07 bulan iaitu bulan November 2009, saya menjalani latihan pembarisan tamat latihan di PULAPOL Negeri Sembilan dan latihan tamat pada awal bulan Disember 2009... Inilah antara 04 negeri yang saya jelajahi semasa menjalani latiahan kepolisan pada tahun 2009.

MAKANAN KEGEMARAN DAN RESEPINYA

MAKANAN KEGEMARAN SAYA DAN RESEPINYA


PULUT AYAM( LO MAI GAI)
Pulut ayam atau Lo Mai Gai dalam bahasa cina adalah antara makanan kegemaran yang paling saya suka. Saya dibesarkan dalam keluarga Cina campuran Iban kerana Bapa saya berbangsa cina. Memamng tidak dinafikan dalam ahli keluarga bapa saya memang handal memasak termasuklah bapa saya. Yang selalu memasal resepi pulut ayam ini sejak saya masih kecil ialah mak cik saya (Kakak sulung kepada bapa saya). Mak cik saya memang handal memasak apa saja terutamanya resepi tradisional seperti pulut ayam ini. Tetapi mak cik tidak meninggalkan kami untuk selama-lamanya...(sedih teramat telah kehilangan mak cik yang selalu masak pulut ayam untuk kami sejak saya kecil lagi)...😢😢😢...Disini saya ingin kongsikan resepi pulut ayam kegemaran saya ini.

Resepi Pulut ayam / Lo Mai Gai

Bahan-Bahan
1 keping dada ayam (hiris nipis)
1 sudu besar kicap cair
2 sudu kecil sos tiram
1 inci halia (parut halus)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
6 biji cendawan shitake (hiris nipis)
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung(bancuh dengan 1/2 cawan air)
1 sudu gula halus

Penyediaan:-

1)Perap ayam bersama kicap cair,sos tiram dan halia selama 30 minit.
2)Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga keperangan
3)Masukkan hirisan ayam dan cendawan(masak sebentar). Masukkan kicap pekat dan tuangkan larutan tepung jagung. Masak hingga kuah mendidih dan hampir pekat. Tutup api dan biarkan sejuk.

Bahan Pulut

2 cawan pulut (cuci dan rendam selama 8 jam)
1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak bijan(sesame oil)
2 ulas bawang putih(cincang halus)
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk 5 rempah
1 sudu gula halus

Penyediaan:-

1)Toskan pulut, masukkan ke dalam loyang dan gaul bersama kicap cair, kicap pekat, serbuk lada putih, serbuk 5 rempah dan 1/2 cawan air.
2)Campurkan minyak masak dan minyak bijan dan tumis bawang putih hingga naik bau. tuang semuannya ke dalam pulut. Gaul rata.
3)Panaskan pengukus.
4)Sediakan acuan kecil atau mangkuk kecil. Ambil hirisan ayam dan cendawan dan susun di dalamnya. (boleh letak telur kukus juga)
5)Masukkan pulut diatasnya dan tekan padat. Siram dengan 1 sudu besar kuah ayam bagi setiap acuan. Kukus pulut selama 40-45 minit.

PULUT AYAM/LO MAI GAI YANG SUDAH MASAK😋
SELAMT MENCUBA........................

ARTIKEL TENTANG LOBSTER AIR TAWAR (LAT)



PENGENALAN LOBSTER AIR TAWAR(LAT)

Lobster Air Tawar (LAT) atau nama saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan spesies yang dikenali sebagai Red Claw (disebabkan terdapat warna merah pada kedua sepit lobster jantan) Lobster Air Tawar (LAT) ini juga adalah satu genus termasuk dalam kelompok udang (krustasia) air tawar yg memiliki ukuran tubuh relatif besar dan hidup di perairan air tawar. Habitat asal Lobster Air Tawar adalah di danau dan paya.

Terdapat lebih 1,000 spesies Lobster Air Tawar (LAT) di seluruh dunia namun spesies Red Claw ini merupakan spesies paling banyak dibuat kajian untuk ternakan komersial kerana kadar pembiakan dan tumbesarannya yang cepat jika dibandingkan dengan spesies lobster air tawar yang lain. Selain itu, Lobster Air Tawar (LAT) ini juga mudah untuk diternak dan mempunyai ketahanan terhadap serangan penyakit yang tinggi. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak. Microbiologi sepanjang hidup seekor LAT, ia akan melalui beberapa kali proses salin kulit. Ia berlaku bila tubuhnya membesar menyebabkan cengkerang lamanya tidak lagi dapat menampung saiz bentuk badan yang baru.



REKA BENTUK LOBSTER AIR TAWAR(LAT)

LAT adalah haiwan yang tidak memiliki tulang dalam tetapi mempunyai permukaan badan atau organ luar yang diliputi dengan cengkerang. LAT terbahagi dua bahagian iaitu kepala dan juga badan. Cengkerang yang menutup bahagian kepala bertujuan untuk melindungi organ otak, insang, hati dan organ endokrin. Enam ruas badan (abdomen) agak menipis, lebar badan rata-rata hampir sama dgn kepala dan sepasang penyepit yg lebar dan panjang. Sepasang antena berperanan merasa,meraba makanan dan persekitaran. Manakala lima pasang kaki belakang berperanan untuk berenang. Kaki renang digunakan utk bersihkan telur dan larva dari kekotoran. Selain itu, empat pasang kaki dibahagian tengah digunakan untuk berjalan.


MENGENALI JANTINA LOBSTER AIR TAWAR(LAT)

Cara membezakan jantina LAT pada keluarga Cherax ialah dengan memeriksa kaki pertama dan kaki ketiga dikira bermula dari ekor. LAT jantan mempunyai benjolan di kiri dan kanan pada kaki pertama manakala LAT betina pula di sisi kiri dan kanan pada kaki ketiga dari ekor memiliki bulatan (rujuk gambar diatas). Selain itu, LAT jantan juga memiliki sepit lebih besar dan mempunyai garisan berwarna merah di bahagian sisi pada setiap sepit. Warna merah pada sepit LAT jantan tersebut yang membuatkan ianya dipanggil sebagai LAT Red Claw. Manakala LAT betina pula mempunyai sepasang sepit yang lebih kecil dan tidak mempunyai garis merah seperti LAT jantan.

PERBEZAAN JANTAN DAN BETINA LOBSTER AIR TAWAR(LAT)

LAT JANTAN

LAT JANTAN - Lobster Air tawar jantan mempunyai saiz sepit yang lebih besar daripada betina. Saiz sepit yang besar diperlukan untuk mempertahankan diri dan juga digunakan untuk menarik perhatian LAT betina untuk proses mengawan.

LAT BETINA

LAT BETINA - Lobster air betina pula mempunyai sepit yang lebih kecil serta kurus jika dibandingkan dengan LAT jantan. LAT betina juga tidak mempunyai tanda merah pada sisi sepit seperti LAT jantan.

SEPIT MERAH ATAU RED CLAW

Cara paling mudah untuk membezakan diantara LAT jantan dengan betina adalah dengan melihat tanda merah pada sisi setiap sepit yang hanya wujud pada LAT jantan.

LAT MENGAWAN

PROSES MENGAWAN LOBSTER AIR TAWAR(LAT)

Saiz matang Lobster Air Tawar yang sesuai untuk dijadikan induk adalah yg berumur 6-8 bulan. iaitu induk jantan telah mencapai saiz 4.5 inci dan keatas manakala induk betina yang sesuai untuk dijadikan induk pula bersaiz 4 -6 inci. Induk betina yang mencapai saiz melebihi 6 inci dan keatas akan mengalami penurunan untuk mengawan tetapi akan menghasilkan telur yang lebih banyak apabila mengawan berbanding dengan induk betina yang lebih muda. Induk betina boleh menghasilkan 80 - 350 biji telur setiap kali mengawan dan bertelur. Saiz LAT (dalam inci) diukur bermula daripada hujung kepala hingga hujung ekornya.

JANGKA HAYAT LOBSTER AIR TAWAR(LAT)

Lobster Air Tawar Jenis Red Claw / Cherax Quadricarinatus mencapai umur sehingga 6 - 7 tahun dan mencapai panjang melebihi 10inci (ukuran dari hujung kepala hingga ke hujung
ekor) serta berat mampu mencapai 600 gram seekor.
Rekod dunia untuk ukuran LAT terbesar dan terpanjang serta mempunyai jangka hayat terlama adalah LAT jenis Astacopsis Gouldi (The Tasmanian Giant Freshwater Crayfish ) dengan
jangka hayat mencapai 60 tahun, berat mencapai 6kg dan mempunyai ukuran sehingga 31 inci.
Lobster Air Tawar juga sering dijadikan penghias akuarium kerana kita dapat menikmatinya dalam jangka masa yang lama.

PEMAKANAN LAT

PEMAKANAN LOBSTER AIR TAWAR(LAT)

LAT adalah haiwan yang tergolong dalam golongan omnivor iaitu haiwan yang memakan segalanya yang terdiri daripada daging dan sayuran. LAT aktif mencari makanan pada waktu malam (nocturnal). Makanan nya berupa biji- bijian, ubi-ubian, bangkai haiwan. Cara makan guna antena panjang untuk mengesan makanan dahulu. Jika ia sesuai dengan keinginannya, ia menangkapnya guna sepit, dan menyerahkan pada kaki jalan pertama sebagai tangan pemegang makanan utk di makan. Ia memiliki gigi halus dipermukaan mulut, cara makan sedikit demi sedikit. Dihabitat nya, ia makan biji- bijian, ubi ubian, tumbuhan, haiwan mati (scavenger), memangsa haiwan hidup lain dari kelompok udang. Ia suka makan udang kecil yg hidup di habitatnya atau memangsa LAT yang lain itu sendiri, kerana ia memiliki sifat kanibal.


PELUANG PERNIAGAAN LOBSTER AIR TAWAR(LAT)

Terdapat 4 jenis strategi perniagaan popular yang sering diamalkan perternak-penternak lobster air tawar Red Claw di Malaysia. Pemilihan jenis strategi yang berlainan dilakukan untuk mencapai objektif yang berbeza, terdapat strategi yang memfokuskan pulangan modal secepat mungkin dan ada
strategi yang menyasarkan perolehan keuntungan yang tinggi pada masa depan.

4 strategi perniagaan popular tersebut adalah:

-Pembenihan dan penjualan anak benih. 
-Pembiakan dan penjualan induk matang. 
-Ternak LAT untuk pasaran konsumsi. 
-Pembiakan pelbagai spesies LAT untuk tujuan hobi lobster


LOBSTER AIR TAWAR SELAMAT UNTUK DI MAKAN

LAT Selamat Dimakan berbanding Ikan pedang, ikan yu & king mackerel kerana ikan-ikan tersebut mengandung merkuri tinggi yang berbahaya bagi tubuh. Manakala LAT tidak miliki merkuri tinggi.
LAT mengandungi protein melebihi kandungan protein ayam dan ianya juga tidak mengandungi kalori yang banyak seperti daging ayam atau lembu. Ini menjadikan ianya menjadi pilihan lebih baik berbanding ayam atau lembu. LAT mengandungi omega-3 tinggi. Omega-3 mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung. LAT menjadi makanan pilihan bagi orang ingin menurun berat badan disebabkan ia rendah lemak dan kalori, namun memberikan nutrisi yg diperlukan. Ia juga mengandung kalium, zat besi, vitamin B12 dan selenium, sangat penting bagi kesihatan.

KEADAH TERNAK GUNA KOLAM KANVAS

KAEDAH TERNAK LOBSTER AIR TAWAR(LAT)

LAT adalah haiwan yang lasak dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran serta mampu hidup tanpa memerlukan pam udara tetapi bergantung kepada kedalaman air.

LAT boleh diternak / dipelihara dalam beberapa cara IAITU:
-Sebagai perhiasan (pemeliharaan dalam akuarium)
-Diternak dalam kolam kanvas
-Diternak dalam kolam simen
-Diternak dalam kolam tanah
-Diternak dalam tangki fiber/polytank

Pemilihan kolam ternakan adalah salah satu perkara yang perlu diteliti kerana ianya berbeza mengikut kesesuaian kawasan, modal dan pengurusan.

Disini saya hanya kongsikan serba sedikit artikel tentang lobster air tawar(LAT). Semoga perkongsian saya ini boleh menambah ilmu pengetahuan bagi sesiapa yang berminat menternak lobster air tawar. Sekian, terima kasih.

TERNAKAN GUNA TANGKI

Khamis, 9 April 2020

PENGALAMAN SEMASA LATIHAN POLIS

GAMBAR DALAM DEWAN PULAPOL


Assalamualaikum. Entri kali ini sengaja aku buat sebab ramai sangat yang bertanya tentang apa sebenarnya KONSTABEL PELATIH buat semasa menjalani latihan di dalam PULAPOL. Ok, disini saya ingin cerita secara ringkas tentang kerja sebagai seorang anggota polis semasa latihan dalam Pusat Latihan Polis(PULAPOL) iaitu semasa dalam latihan akan digelar sebagai KONSTABEL PELATIH.

Ringkasnya, latihan dia terbahagi kepada 3 fasa. Fasa permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Fasa pertama, fasa kami semua pelatih akan diajar, dibentuk, dididik untuk menjadi seorang pegawai polis. Bersedia ke tidak. Masa ni lah, memang penuh dengan kawad. Terkejar-kejar masa. Tiba-tiba rollcall. Baru naik bilik, kena panggil turun bawah dah. Penat tu tak payah cakap lah. Memang penat untuk permulaan (akhir pun penat juga...). Cuma nak bagi badan kita biasa dengan aktiviti lasak. kami akan bangun awal pagi untuk mandi, sebab nak pergi masjid solat berjemaah. Ini wajib!. Solat sunat sebelum solat pun wajib! Kalau tak buat, kau bakal kena double kawad berjemaah.

LATIHAN KAWAD DI PADANG KAWAD

Ok, jam 0530 hrs kami dah kena beratur rollcall sebelum pergi masjid. Korang ingat boleh berjalan lenggang mak limah ke? Selagi korang dalam pulapol. Tak berbumbung, semua pelatih kena kawad! Haaa...masa ni, kena ada kerjasama dalam platun masing-masing. Nanti dorang buat pemeriksaan, siapa yang turun solat ke tak. Ok, dah selesai bab solat. Kami akan bergerak pantas untuk balik bilik, kami akan bersiap sedia untuk pergi kawad pulak. 0630 hrs kami semua dah terpacak di padang kawad untuk berkawad. Berlarilah untuk berapa pusingan di padang kawad adalah wajib setiap kali sebelum bermulanya latihan kawad. Macam-macam cara kawad ada. Hahaha. Sementara nak pandai la kan? Memang macam-macam gaya kawan-kawan semasa latihan kawad. Maklumlah semua baru dan memang tidak pandai kawad.

Lepas settle kawad, 0800 hrs kami pergi makan sarapan. Selepas sarapan, kami akan berehat sekejap. Pada jam 1000hrs kami  sudah kena siap di padang kawad. Sambung kawad lah apa lagi..hahaha… Sampailah tengahari. Lepas tu, makan tengahari. Jam 1400hrs, kami akan start untuk kawad pulak untuk sesi sebelah petang. Korang boleh bayangkan betapa panas terik tu kami tadah muka kawad. Mahu tak hitam?haha. Saya nasihatkan janganlah pakai produk menghakiskan kulit bagi perempuan. Kebersihan jaga. Sebab bila korang berpeluh, akan jadi, macam-macam penyakit boleh datang.

LATIHAN JASMANI 

Ok, settled bab kawad, kami akan minum petang. Solat asar lepas tu aktiviti petang. Antara aktiviti sukan sebelah petang adalah bermain sepak takraw, senaman dan lain-lain. Aktiviti yang kami buat dekat pulapol dulu adalah 2.4km, kawad, senaman balak,  karate, TBM (Tindak balas m16) ni masa dah dapat senjata m16. Memang semakin penat kalau dapat senjata. Kami kena julang lah, bimbit lah dan macam-macam lagi. Berlarilah dalam tengah panas bawa m16 itu sudah semestinya. Memang terasa sangat kepenatan semasa menjalani latihan tetapi tidak  mengapa sebab di dalam kepenatan ada rasa seronok juga dengan gelagat kawan-kawan yang membuat lawak bagi menghilangkan rasa penat dan macam-macam lagi.

Ok, dalam training, dorang akan ajar kalau sorang buat salah, semua kena. Hehe. Lepas tu, korang kena maki berbakul hahaha. Yang bagusnya, jam 11 malam kena light off dah. Tak ada senior kau nak ambil kau jangan risau. Melainkan kau ada buat salah. JL tahan kau haha. Rollcall lama gila. Kau dah ngantok. Esok penat. Masa kau sangat padat. Hari-hari kau akan berpeluh ja. Mental tak tahan rabakkk. Tetapi kami sihat. Awal-awal je wei kau nak sakit-sakit badan. Join skuad zombie. Jalan mengengkang, jalan kaki seret haha. Dah lepas 2-3 bulan, ok lah badan kami. Lari pun dah laju dan cukup stamina.

LATIHAN PENGENALAN PGA

Ok, lepas tu, masuk fasa pergi PGA(PASUKAN GERAKAN AM), kau belajar ilmu hutan pulak. Eh, lupa pulak. Telefon boleh tidak boleh guna sepanjang tempoh latihan( ini masa saya latihan dulu lah) Lepas tu, hujung minggu, kami wajib fitik. Di dalam pulapol, kami semua  diwajibkan makan di dewan makan. NO OUTSIDE FOOD. Kalau kantoi, haha. Kau mendapat haha. Sambung pergi PGA. Ni aku malas cerita. Nanti biar suprise kalau kau nak tau life training. Ok, lepas tu kami belajar undang-undang. Hari-hari kami akan pergi belajar undang-undang. Sebelum pergi kelas, aktiviti kami macam biasa. Pagi kawad..tak pun 2.4km. Dan lain-lain. Dan banyak lagi aktiviti.

Ayat yang sering kami dengar dalam pulapol, separuh gaji kau dapat tu adalah untuk maki dan peluh-peluh kau yang menjejehhhh keluar tu haha. Ok, aku malas cerita panjang. Nanti tak suprise... and then ada Lagi satu.. Awas PTT.... haha. Dia akan sentiasa cari kesalahan pelatih..... PTT yang mana? Yang dilengan dia ada BAND MERAH... Semua pelatih akan takut bila Nampak PTT. PTT adalah Pegawai Tatatertib. So, dalam masa yang sama juga, kita akan semakin berdisiplin semasa di dalam pusat latihan mahupun semasa kita sudah bertugas di luar nanti. Semasa zaman saya tarining pada tahun 2009, kami menggunakan formasi tarining 3+3+1 iaitu 3 bulan pertama dalam PULAPOL, 2 bulan OJT(outside jobs training(Melaka) + 1 bulan pengenalan PGA(Perak+kedah) dan bulan terakhir training kawad tamat latihan. Skuad saya yang terakhir guna formasi 3+3+1 selama 07 bulan. sekarang ini semua latihan KONSTABEL tidak lagi 07 bulan dan hanya menjalani latihan selama 06 bulan sahaja dan selama 06 bulan itu,latihan semua dilakukan dalam PULAPOL.

Disini saya biarkan korang rasa dulu aura nak masuk training menjadi polis. Bila semua sudah ditugaskan ke formasi/kontinjen masiang-masing, memang rindu suasana semasa dalam latihan dulu. Saya dalam PDRM baru 11 tahun…hehehe…

PEMBARISAN TAMAT LATIHAN PDRM


Rabu, 8 April 2020

PENGALAMAN TEMUDUGA MEMOHON JAWATAN DALAM PDRM

PDRM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini entri khas semperna menyambut Hari Polis yang ke-213(2020). Saya mahu cerita pengalaman saya semasa temuduga konstabel PDRM pada tahun 2008. Pengalaman saya hanya sekali sahaja menjalani proses pengambilan calon konstabel polis untuk siri 1/2009. Tujuan saya berkongsi pengalaman kepada semua yang berminat untuk menyertai PDRM.

1.Isi borang (Temuduga tertutup-borang akan dibagi selepas berjaya tapisan di Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing. Syarat kelayakan mendapatkan boring pada masa itu adalah kelayakan akademik SPM/Ketinggian yang cukup seperti dalam syarat kelayakan pengambilan POLIS)

2.Ujian Fizikal dan Temuduga

3.Medical check up

4.Ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

Saya akan cerita semua berdasarkan pengalaman saya temuduga jawatan konstabel lelaki siri 1/2009 pada tahun 2008. Cara-cara untuk mengisi borang, temuduga dan lain-lain mungkin berbeza sedikit daripada yang terkini.

1. Isi borang selepas lepas berjaya melalui tapisan di IPD oleh cawangan latihan

Pada tahun 2008 selepas saya lepasan SPM(2007), saya telah ternampak satu iklan semasa saya membaca surat khabar yang terpapar besar di salah satu muka surat surat khabar tersebut iaitu tajuk besarnya adalah PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL DALAM PDRM. Selepas selesai membaca iklan tersebut, saya telah mengunting keratan surat khabar tersebut dan menyimpannya di dalam dompet saya.

Pada keesokan harinya, saya minta cuti dan pada masa itu saya bekerja sebagai pembantu jualan di Daesim Supermarket Di Sibu, Sarawak. Saya pun bersama seorang rakan saya ke IPD Sibu untuk mengambil borang dan membawa bersama sijil SPM.

Dengan keputusan akademik SPM yang sederhana, saya telah berjaya dalam tapisan oleh IPD Sibu dan ketinggian saya juga melepasi ketinggian yang telah ditetapkan PDRM. Saya pun diberikan borang tersebut tetapi malangnya rakan yang bersama-sama saya pada masa itu tidak berjaya kerana ketinggian dia tidak melepasi syarat PDRM. Memang Nampak jugalah muka dia sedih dan hampa sebab tidak dapat borang tersebut.

Selepas dapat borang itu, saya terus isi bila sampai di rumah. Dalam borang itu ada bahagian yang perlu tulis latar belakang keluarga saya. Saya isi latar belakang yang ringkas dan padat. Keesokan harinya, saya pun pos borang permohonan itu kepada Bukit Aman.

Selesai sebulan daripada tarikh saya pos boring permohonan itu, saya dapat surat maklum balas daripada BUKIT AMAN dan dalam surat itu ada surat untuk menghadiri temuduga di IPD SIBU.

2. Ujian Fizikal

Saya diminta hadir ke sekian tempat dengan membawa beberapa salinan dokumen. Seeloknya datang awal utk memudahkan segala urusan. kesemua aktiviti dilakukan dalam dewan.

Antara aktiviti dalam Ujian Fizikal:

1.      check BMI
2.      tekan tubi 20x
3.      bangun tubi 20x
4.      lari ulang alik 10x
5.      check anggota badan
6.      kawad dan suara/nyanyi lagu NEGARAKU

Dalam hari yang sama, kami dikehendaki hadir temuduga juga seretak dengan ujian fizikal pada waktu pagi dan temuduga akan dijalankan pada waktu petang bermula dari pukul 2 petang. Memang tidak dinafikan perasaan takut dan resah sebelum masuk ke dewan temuduga amat la dirasai oleh semua kawan-kawan yang telah lulus ujian fizikal. Yang saya masih ingat pada masa itu kami yang berbangsa cina ada seramai 06 orang antara jumlah yang ramai hadir temuduga. Saya orang pertama antara calon berbangsa cina yang masuk ke dewan temuduga. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Selepas semua selesai temuduga, Sarjan Raja Idris di IPD SIBU pun masuk ke bilik di mana tempat calon-calon menunggu keputusan temuduga. Apabila Sarjan Raja Idris umumkan nama saya lulus temuduga calon konstabel lelaki pada masa itu, perasaan gembira dan terharu memang tidak dapat saya sembunyikan lagi dan secara tanpa disedari air mata saya pun mengalir di pipi saya kerana rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikanNYA kepada saya. Pada sebelah malam dalam masa lebih kurang pukul 6.30 petang, kami telah menjalani ujian air kencing dan menurunkan cap jari kesemua jari (10 jari) di dalam boring untuk pengambilan Jawatan konstabel lelaki dalam PDRM. Kesemua enam orang calon yang berbangsa telah berjaya lulus temuduga.

3. Medical Check up  

Saya dan calon-calon yang lulus temuduga pada hari sebelum itu diminta hadir ke klinik kerajaan untuk melakukan medical check up seperti check mata,diambil sampel darah dan X-ray.

Setelah selesai semua itu, calon-calon yang akan dipanggil untuk menjalani latihan kepolisan akan dimaklumkan melalui IPD Sibu. Saya pun menjalankan aktiviti seperti biasa dan saya pada masa itu telah mula bekerja di tempat kerja yang baru iaitu kerja di sebuah carwash yang berdekatan dengan Dewan Suarah Sibu.

Sebulan telah berlalu,tiba-tiba saya menerima panggilan dari nombor telefon pejabat yang bermula dengan no.084 di depannya. Saya pun menjawab panggilan tersebut. Saya terdengar suara seorang lelaki yang macam pernah saya dengar sebelum itu. Setelah memperkenalkan diri dan dari mana dia berada, baru la saya ingat yang suara lelaki itu adalah suara Sarjan Raja Idris dari IPD Sibu. Alangkah terkejut dan rasa tidak percaya bahawa Sarjan tersebut menghubungi saya untuk meminta saya hadir ke pejabatnya untuk mengambil surat tawaran untuk mengikuti latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Air Hitam(PULAPAH). Saya sekali lagi menangis terharu kerana kali ini memang benar-benar saya akan menjadi seorang anggota polis.

4. Ke Pusat Latihan Polis

Saya menjalani latihan kepolisan selama 07 bulan dan selepas tamat latihan itu, saya telah ditugaskan ke Kontinjen Sabah iaitu bertugas di Balai Polis Sandakan bermula dari Bulan Disember 2009 sehinggalah sekarang.

Jika anda mendapat secebis ilmu daripada perkongsian ini, tidaklah saya meminta apa-apa balasan... sekadar doa utk kejayaan saya di dunia dan di akhirat. Selamat menyambut Hari Polis yang ke-213 kepada semua yang ada kaitan dan juga warga PDRM

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

PERTAMA KALI DALAM SEJARAH HARI POLIS TIDAK DISAMBUT EKORAN VIRUS PADEMIK COVID19 MELANDA SEMUA NEGARA TERMASUKLAH NEGARA MALAYSIA. HARI POLIS YANG KE 213(2020) TIDAK DISAMBUT PADA TAHUN INI.

Ikhlas,

KPL 171472 ONG SIU HOCK @ AARON ONG ABDULLAH
BALAI POLIS SANDAKAN SABAH

SAMBUTAN HARI POLIS KE 212 (PADA TAHUN 2019)

#STAY AT HOME 
#STAY SAFE

Sabtu, 4 April 2020

MINAT (AARON'S LOBSTER)


Disamping kesibukan bekerja dan belajar, saya juga mempunyai minat menternak lobster air tawar(LAT) atau udang kara air tawar. Pada permulaan menternak lobster air tawar ini, saya menggunakan kaedah penternakan indoor iaitu di dalam rumah saja dengan menggunakan tangki biru segiempat yang saya diy sendiri menjadi 3 tingkat.. Pada permulaan ini saya hanya mempunyai 25 ekor lobster air tawar yang saya beli daripada kedai ikan berhampiran di Sandakan dan juga dibeli daripada kawan sama tempat kerja yang telah memulakan penternakan air tawar di rumahnya sejak awal tahun 2019.


TANGKI-TANGKI BIRU YANG SAYA GUNA 

Buat masa ini saya menternak lobster air tawar di dalam tangki-tangki seperti di dalam gambar di atas. In shaa Allah jika kuantiti LAT saya sudah bertambah pada masa akan datang, saya akan membeli 1 set kolam kanvas sebagai tempat ternak LAT saya. Gambar kolam kanvas seperti di dalam gambar di bawah ini...



CONTOH KOLAM KANVAS
Ini adalah contoh gambar kolam kanvas untuk penternakan lobster air tawar yang akan saya beli pada masa akan datang. Menurut maklumat daripada kawan-kawan yang sudah lama menternak LAT ini, perniagaan membekal/menjual anak lobster air tawar dan induk jantan/betina amatlah cerah di masa depan. Bukan saja dapat membekal/menjual anak lobster air tawar dan induk jantan/betina, dalam perniagaan ini juga dapat menjual lobster air tawar untuk dimakan untuk dibekalkan kepada kedai-kedai makan, restaurant dan juga hotel. Harga pasaran lobster air tawar ini lebih tinggi berbanding harga pasaran udang galah. Tidak kira betapa lama seekor lobster air tawar ini diternak dan tidak kira betapa kecil atau besar mana ukuran saiz seekor lobster air tawar ini, rasa isinya tetap sama tidak liat. 


BLUE LOBSTER AIR TAWAR
Jenis lobster air tawar(LAT) yang saya ternak pada masa ini adalah jenis Red Claw Blue atau nama saintifiknya adalah Cheraxn Quadricarinatus disebabkan terdapat warna merah pada kedua-dua sepit lobster Jantan. Lobster air tawar ini juga adalah satu genus termasuk dalam kelompok udang(krustasia) air tawar yang memiliki ukuran tubuh relatif besar dan hidup di perairan air tawar. Habitat asal lobster air tawar(LAT) ini adalah di danau, paya dan sungai di daerah pergunungan di negara Australia. Lobster ini memakan makanan seperti pellet udang, ubi kentang, kacang hijau,tumbuhan dalam air seperti hydrilla dan azola, isi ikan dan isi ikan.. Isi ikan dan isi ayam tidak digalakan diberikan kepada lobster ini kerana akan mengakibatkan air ternakan cepat kotor dan sekaligus akan menyebabkan ammonia yang boleh menyebabkan lobster akan mati...



GAMBAR HIASAN LOBSTER AIR TAWAR

In shaa Allah dengan izinNYA jua melalui penulisan blog saya ini, saya dapat kongsikan tentang sedikit ilmu tentang penternakan lobster air tawar yang saya sempat kongsikan dalam blog saya ini. Jika ada yang berminat dan ingin menternak LAT ini, bolehlah menonton video-video tentang penternakan LAT di dalam youtube dan google.


VIDEO TERNAKAN LAT DALAM TANGKI(INDOOR)
VIDEO



VIDEO BLUE LOBSTER AIR TAWAR

INI ADALAH VIDEO TERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR(LAT) YANG SEMPAT SAYA KONGSIKAN DALAM BLOG SAYA INI.

HOBI

DUNIA SUKAN
AKTIVITI BERBASIKAL
Aktiviti berbasikal antara salah satu hobi saya sejak dari kecil lagi. Berbasikal ini dapat menurunkan berat badan sekaligus dapat mengelakkan diri daripada obesiti. Obesiti perlu dielakkan kerana obesiti dapat mengundang banyak penyakit seperti tahap kolestrol yang tinggi dalam tubuh badan. Apabila seseorang mengalami tahap kolestrol yang tinggi di dalam tubuh badan, maka seseorang itu kemungkinan akan mengalami penyakit sakit jantung dan strok.

SNOOKER

Saya juga mempunyai hobi bermain snooker. Saya mula bergiat dalam aktiviti bermain snooker sejak di bangku sekolah menengah lagi. Semasa saya di bangku sekolah menengah, saya sering bersama-sama rakan yang sama satu sekolah dengan saya untuk pergi ke kelab snooker setiap kali hujung minggu di Sibu Sarawak.

SUKAN BOLA SEPAK
Bola sepak adalah hobi yang paling saya suka dan saya telah menceburi sukan bola sepak sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Apabila masuk ke alam sekolah menengah, kemahiran saya dalam bola sepak semakin baik. Semasa bersekolah di SMK DESHON Sibu Sarawak, saya selalu mewakili sekolah dalam bola sepak. Posisi saya adalah menjadi penjaga gawang. Peringakat paling tinggi yang saya wakil dalam sukan bola sepak adalah mewakili Bahagian Bandar Sibu.

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009)

NEGERI-NEGERI YANG DIJELAJAHI SEMASA LATIHAN POLIS(2009) (01)NEGERI SEMBILAN Pada bulan mei tahun 2009 saya telah mula menjalani la...